USAHA EFEKTIF MENUJU KECEMERLANGAN- MENYERTAI KELAS TUISYEN
Dengan mengambil kelas tuisyen, itu merupakan salah satu usaha yang boleh dilakukan oleh para pelajar untuk mencapai kecemerlangan.
Pelajar yang cemerlang
akan mengikuti kelas tuisyen. Jika seseorang itu segan bertanya guru-guru di
sekolah, bolehlah mereka bertanya kepada
guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi mereka juga perlulah
menghapuskan perasaan segan bertanya kepada guru-guru di sekolah kerana bak
kata pepatah “malas berkayuh perahu hanyut”, “segan bertanya sesat jalan”.
Malahan, jika seseorang itu tidak
memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka
bolehlah mereka bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen.
Tambahan pula, jika
terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka mereka akan mudah ingat dan
juga akan menguasai sesuatu topik itu. Contohnya, di sekolah yang diajar topik
yang sama yang telah diajar di pusat tuisyen terlebih dahulu, maka mereka akan
lebih faham. Di samping itu, seseorang itu juga boleh mengikuti program di sekolah kerana
ini juga membantu mereka untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Pelajar yang cemerlang juga akan menyertai
segala program-program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan dan lain-lain
lagi.
Sekiranya seseorang
itu menyertai dalam program-program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah, mereka akan didedahkan dengan jenis-jenis soalan
dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya,
penyertaan seseorang dalam program-program sekolah dan mengikuti kelas-kelas
tuisyen merupakan salah satu langkah bagi mereka untuk mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan sekaligus meneruskan misi mereka ke menara gading!
Ayuh!
satu perkongsian yang baik untuk students .. kipidap dongibap ...
ReplyDeletehebat hebat .. marvelous !
ReplyDeletemeletop pop pop
ReplyDelete