KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA
“Masa Itu Emas” itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan betapa pentingnya masa buat pelajar yang meninginkan atau memburukan kejayaan.
Pelajar yang cemerlang sentiasa cakna dengan masa. Mereka menguruskan masa mereka dengan terperinci untuk memastikan segala aktiviti harian mereka dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
Selain itu, dengan menguruskan masa dengan bijak bukan sahaja mereka ini akan terus di jalan kejayaan malah, hal ini juga dapat melatih diri mereka untuk menjadi seseorang yang disiplin.
Disamping
itu,dapat meningkatkan kecemerlangan diri.Hal ini kerana ,seseorang yang bijak
membahagikan masanya mempunyai ciri insan yang berjaya .Dengan ini ,aspirasi
negara untuk melahirkan modal insan selaras dengan Transformasi Nasional 2050 yang telah diilhamkan oleh Dato' Seri Najib, dapat dicapai
.Malah ,lazimnya pelajar-pelajar yang bijak menguruskan masa lapanganya dengan
aktivti yang berfaedah .Masa lapangnya digunakan untuk memperbaiki kelemahan
dalam pelajaran .Hal ini boleh dilakukan dengan membuat latihan ,mencari
maklumat di perpusatkaan dan menghadiri kelas tambahan.Usaha-usaha ini perlu
dilakukan untuk mencapai kejayaan kerana jika tidak dipecahkan ruyung,manakan
dapat sagunya.
Pendek kata dapatlah kita rumuskan bahawa pelajar -pelajar yang
pandai menguruskan masa biasanya akan berjaya dalam kehidupan dan mereka juga
berani menghadapi cabaran dan rintangan hidup sekaligus merupakan pelajar yang cemerlang.
nice bro... info yang menarik
ReplyDeletestuju dengan anda
ReplyDeleteSangat menarik..layak diberi anugerah
ReplyDelete