CIRI-CIRI PELAJAR YANG CEMERLANG
Menjadi pelajar yang cemerlang
adalah impian semua pelajar. Menjadi pelajar yang cemerlang juga menjadikan
hidup seseorang itu lebih disegani dan dihormati oleh orang lain serta berjaya
ke menara gading.
Terdapat pelbagai ciri-ciri
pelajar yang cemerlang. Antaranya ialah
pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di dunia
ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam,
Kristian, Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan
agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam
membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan,
permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar
yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan
yang dilakukan oleh mereka.
Semasa di bilik darjah, pelajar
cemerlang sentiasa memberi tumpuan terhadap aktiviti pembelajaran terancang
bersama guru. Pelajar cemerlang akan menunjukkan motivasi pembelajaran yang
maksimum dengan memberi kerjasama dan perhatian yang tidak berbelah bahagi.
Mereka tidak mudah dipengaruhi hasutan negatif sama ada yang datang daripada dalam diri sendiri, apatah
lagi daripada pendapat yang bersifat songsang.
Sementara itu, untuk menjadi seorang
pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri
dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti
kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan
dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan
sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit
beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah.
wow info yang menarik la bangg ,.. syang kt abg makin mndalam ...
ReplyDeletepenulisan yang baik ....
ReplyDeleteisi yang menarik..
ReplyDelete