MEMBUAT LATIH TUBI TINGKATKAN KECEMERLANGAN
Dengan membuat latih tubi para pelajar akan dapat melatih kefahaman mereka terhadap apa yang telah diajarkan oleh guru-guru mereka. Hal ini penting untuk mengesan kelemahan kita dalam sesuatu subtopik didalam sesuatu mata pelajaran.
Bukan itu sahaja, dengan membuat latih tubi para pelajar dapat membiasakan diri dengan soalan-soalan peperiksaan yang mana dapat mengurangkan rasa gemuruh atau tidak senang duduk didalam dewan peperiksaan.
Malah, dengan melakukan latih tubi para pelajar juga dapat skor dalam sesuatu topik kerana sesetengah subjek contohnya Fizik dan Matematik soalan-soalannya sentiasa berulang cuma menukarkan nombor ataupun jumlah sesuatu perkara.
Jika soalan-soalan latih tubi yang didak diketahui atau tidak mampu dijawab oleh para pelajar, mereka boleh menanyakan soalan tersebut kepada guru-guru. Ini dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan yang bakal diduki oleh para pelajar.
Dengan perkara-perkara diatas, jelaslah menunjukkan bahawa dengan melakukan latih tubi tidak kiralah yang diberikan oleh guru mahupun usaha diri sendiri dapat membuahkan hasil yang efektif bagi mencapai kecerlangan dalam akedemik.
wuwuwuwuwwu amazing bro amazing ! proud of you ..
ReplyDeletegood job idola
ReplyDelete