Posts

Showing posts from October, 2017

CIRI-CIRI PELAJAR YANG CEMERLANG

Image
Menjadi pelajar yang cemerlang adalah impian semua pelajar. Menjadi pelajar yang cemerlang juga menjadikan hidup seseorang itu lebih disegani dan dihormati oleh orang lain serta berjaya ke menara gading. Terdapat pelbagai ciri-ciri pelajar   yang cemerlang. Antaranya ialah pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama . Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Semasa di bilik darjah, pelajar cemerlang sentiasa memberi tumpuan terhadap aktiviti pembelajaran terancang bersama guru . Pelajar cemerlang akan menunju